KeteranganPernyataan Dasar Privasi merujuk kepada dasar privasi laman web yang memberikan maklumat mengenai sebahagian atau semua cara laman web mengumpul, menggunakan, mendedahkan, dan mengurus data pelawat.
Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang mengawal selia pengumpulan, rakaman, pemegangan atau penyimpanan data peribadi, serta pelaksanaan sebarang operasi ke atas data peribadi bagi urus niaga komersial. Ia tidak terpakai kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Semua Syarat Mesti Dipatuhi
- Laman web mesti menyediakan Penyataan Dasar Privasi atau Akta Perlindungan Data Peribadi berdasarkan perkhidmatan yang disediakan dalam laman web. Tagging
<splwpk-privacy-policy>
diperlukan.
- Pada halaman Dasar Privasi, kod
<h1 splwpk-privacy-policy="splwpk-privacy-policy">Dasar Privasi</h1>
diperlukan.