#Blog

Assalamualaikum dan dan Salam Sejahtera. Apa khabar iman kita hari ini?. Selamat datang ke blog saya ini. Blog baru, wajah baru, konsep baru dan cara penyampaian yang baru. Mudah-mudahan ilmu yang ada ini dapat dikongsi bersama. Di dalam konsep kali ni, saya cuba berkongsi sebanyak mana yang boleh mengenai tips-tips dan cara untuk menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi terutamanya di dalam pembangunan aplikasi.

Semoga anda terhibur dan enjoy bila berada di dalam blog saya ini. Terima kasih.
Live Photos ialah sebuah fungsi yang terdapat pada iPhone 6s dan ke atas dimana video pendek akan dirakam apabila anda mengambil gambar. Sayangnya, video yang dirakam ini hanya boleh ditonton diperanti apple yang menyokong Live Photos sahaja, walaupun aplikasi seperti Instagram dan Facebook boleh menukarkannya menjadi video Boomerang ataupun imej GIF.

Bagi mereka yang ingin mengekalkan keaslian video Live Photo ini apabila ia dimuatnaik ke laman web atau blog, Apple baru sahaja mengumumkan API JavaScript LivePhotosKit, yang membolehkan kita memapar Live Photos.

Contoh gambar Live Photos :

Gambar ini diambil semasa bercuti di Medan, Indonesia baru-baru ini
Hakcipta Terpelihara © 2017 Ammar Idris. Powered by elAmm Creative