Skip to main content
PHP

AI Blog Mobile - Available

06 August 2011
Alhamdulillah, cuti hujung minggu ni terisi juga dengan aktiviti menyiapkan projek Web Mobile untuk blog saya ni. Kini anda boleh melayari AIDC ini dengan menggunakan Peranti Mudah Alih anda seperti iPhone, iPad, Blackberry dan sebagainya.

Sungguh mudah untuk anda layari, cuma masukkan alamat url yang sama (www.ammaridris.com) pada browser Peranti Mudah Alih anda, dan kemudiannya versi mobile akan dipaparkan secara automatik pada peranti anda. Mudah kan, semoga anda ceria melayari AIDC ini.

Selain itu juga, anda juga boleh membuat auto detect di mana apabila anda akan dibawa ke versi mobile secara automatik dengan menggukan script di bawah ini.

Bagaimana untuk mengesan Mobile Browser?

Mudah saja, anda perlu muat turun code ini, unzip kan dan letak di dalam folder web/blog anda. Kemudian anda perlu letakkan code di bawah ini di dalam file index.php pada folder web/blog anda.
<?php
include('mobile_device_detect.php');
$mobile = mobile_device_detect();
?>
Untuk sebarang update, maklumat lanjut anda boleh terus merujuk kepada laman Web Developer untuk code ini di http://detectmobilebrowsers.mobi/. Selamat mencuba.