Skip to main content
(DIKEMASKINI) Turn Off Dark Mode in Joomla! 5 Administrator
Joomla!

(DIKEMASKINI) Turn Off Dark Mode in Joomla! 5 Administrator

22 November 2023
Pada 17 April 2024, Joomla telah mengeluarkan kemaskini Joomla 5.1.0 yang mana mempunyai fungsi untuk menetapkan Mod Paparan.
Semua sedia maklum Joomla! 5 yang dilancarkan pada 17 Oktober 2023 yang lalu didatangkan dengan beberapa ciri baru dan terkini. Antara ciri yang mendapat kritikan hebat dikalangan pengguna dan developer adalah Mod Gelap (Dark Mode) yang digunapakai pada Joomla! Administrator sekiranya OS yang anda gunakan itu berapa di dalam Mod Gelap.

Buat masa ini, masih tiada pilihan untuk menukar ke Mod Cerah kecuali dengan menukar Mod Cerah pada OS. Kalau dilihat pada Joomla Github Issues, banyak isu yang berkait dengan paparan Mod Gelap ini.

Di sini ada satu cara untuk menghasilkan pilihan Mod Gelap kepada Mod Cerah dengan menggunakan custom script. Cara yang paling mudah, kita letakkan script di dalam Custom HTML Module. Ok Jom! buat :
  1. Pergi ke Content > Administrator Modules
  2. Klik New dan pilih Custom Module
  3. Masukkan kod html di bawah ke dalam Editor, pastikan menggunakan None Editor atau JCE Editor. Kalau tak nanti akan hilang kod javascript.
  4. Setkan seperti di bawah.
  5. Save dan Selesai.
Screenshot 2024 03 22 at 9.17.19 AM

Kod HTML

dan, hasilnya dah cerah.

Screenshot 2024 03 22 at 9.24.43 AM