joomla3.gif

Apa itu Joomla!

Hampir setiap kali saya membuat post berkenaan Joomla! di Facebook atau Instagram, mesti akan ada soalan yang akan bertanya, Joomla! tu apa? Joomla! tu event ke?.

Ok, untuk mudah faham, Joomla! ni adalah software untuk menguruskan website atau untuk buat website. Kalau dulu website nak buat perlukan coding yang berjela-jela, nak tambah atau ubah posisi gambar kena ada coding. Dengan Joomla!, hanya perlu klik, klik dan siap. Atau hanya drag and drop sahaja gambar dah siap nak letak di mana. Senang kan?. Ya memang senang bagi pengguna yang tiada pengalaman dan pengetahun di dalam membina laman web.

Tahukah anda apa itu Joomla?
Joomla! adalah sebuah CMS. Tahukah anda apa itu CMS? CMS atau Content Management System ialah sebuah sistem berasaskan web yang memudahkan kita untuk mengurus sesuatu fungsi laman web. Contohnya ialah mudah untuk kita mengemaskini, mengurus dan mentadbir laman web tersebut.

Mengapa ramai memilih Joomla?
  • Pengendalian yang mudah, sesuai untuk semua walaupun untuk pengguna yang tidak tahu programming/coding
  • Proses mencipta dan mengemaskini kandungan yang lancar
  • Senang disesuaikan mengikut keperluan pengguna dengan kepelbagaian extensions (lebih 10,000 sambungan)
  • Merupakan aplikasi open source (sumber terbuka) yang boleh diubahsuai oleh semua dan percuma
  • Responsif: Boleh diakses menggunakan komputer, telefon pintar, dan tablet
  • Fungsi pelbagai bahasa sejurus diinstall (out-of-the-box)
Komuniti Joomla Malaysia
Untuk mendapatkan info dan perkongsian dengan lebih lanjut boleh berhubung dengan Komuniti Joomla! Malaysia.

Web Komuniti Joomla Malaysia: http://www.joomla.my
Facebook Pages: https://www.facebook.com/pages/Joomla-Malaysia/356276710505
Group Facebook: https://www.facebook.com/groups/21778343801/
Twitter: http://www.twitter.com/joomlamalaysia
Hakcipta Terpelihara © 2017 Ammar Idris. Powered by elAmm Creative