Info

Tempat Makan Menarik Di Pulau Pinang Yang Patut Hangpa Pi

07 May 2019
Hangpa kalau mai Penang, tempat² makan ni wajib kena pi, kalau tak pi, hangpa memang ceroi. Kalau ikutkan banyak lagi tempat makan kat Penang ni, ni aku cuba list kan kat hangpa beberapa tempat yang aku selalu dok pi dan kena dengan tekak aku. Kadang-kadang lain orang lain selera kan, tapi belum cuba belum tau. Jom terjah.

Sarapan Pagi
Roti Jala Belimbing Cafe Corner

Roti Jala Belimbing Cafe Corner

Kalau rasa nak makan roti jala sedap, boleh mai kat sini. Banyak lagi menu kat sini boleh mai try.

Google Maps

Makan Tengahari
Nasi Campur Cargas Cafe

Nasi Campur Cargas Cafe

Nasi campur citarasa melayu, boleh try kat sini, dia punya ayam goreng panas², gulai pari, gulai ikan dia memang sedap.

Google Maps

Sarapan Pagi
Bubur Nasi Berlauk @BuburBowl Pasar Balik Pulau

Bubur Nasi Berlauk @BuburBowl Pasar Balik Pulau

Nak pekena bubur nasi boleh mai kat sini, ada macam-macam set boleh pilih, semua sedap belaka. Hampa kena try bubur nasi dengan paru tambah tempe goreng.

Google Maps

Sarapan Pagi
Roti Canai Sarang Burung Sungai Rusa

Roti Canai Sarang Burung Sungai Rusa

Ni antara tempat best untuk makan roti canai sarang burung kuah banjir. Dia lain sikit dari sarang burung tempat lain, hampa boleh mai try.

Google Maps

Makan Tengahari
Nasi Kandar Merlin

Nasi Kandar Merlin

Yang ni pun sedap, ayam goreng panas-panas kena pula dengan gulai sotong, surrr.

Google Maps

Makan Malam
Deens Maju Nasi Kandar

Deens Maju Nasi Kandar

Hangpa kena mai try sini, jangan lupa bubuh sotong, telur sotong, ayam goreng, cili atau bendi dengan telur masin dan kuah banjirrr.

Google Maps

Sarapan Pagi
Astaka Taman Tun Sardon

Astaka Taman Tun Sardon

Kat sini macam² punya duk ada. Nasi lemak, kuih muih, bihun sup, roti canai, semua ada. Memang meriah.

Google Maps

Sarapan
Roti Canai Transfer Road

Roti Canai Transfer Road

Roti canai banjir gulai ayam dengan daging. Tambah lagi roti bakaq telur goyang memang surrr.

Google Maps

Santai Petang
Air Sarbat @ Ais Tingkap

Air Sarbat @ Ais Tingkap

Air sarbat atau ais tingkap hangpa memang kena try, dengan cuaca panas² ni, memang best kalau pi pekena, lain dari yang lain. Nampak macam air sirap, tapi ada rasa air nyok.

Google Maps

Santai Malam
Mee Goreng Sotong Hameed Pata

Mee Goreng Sotong Hameed Pata

Ni dekat kawasan Esplanade Park Padang Kota, dekat sini banyak juga pilihan menu. Coconut Shake pun sedap kat sini.

Google Maps

Santai Petang
Laksa Janggus Balik Pulau

Laksa Janggus Balik Pulau

Langga Pokok Jangguih ni antara laksa yang best dekat penang, kalau mai musim durian, boleh balun sekali durian Balik Pulau.

Google Maps

Santai
Nasi Kandar Hameediyah

Nasi Kandar Hameediyah

Kalau nak makan kari kepala ikan boleh mai try dekat sini, memang padu kari dia. Biryani dia pun sedap.

Google Maps

Santai
Ayam Tandoori Kapitan

Ayam Tandoori Kapitan

Kat sini nasi biryani dia padu, ayam tandoori dia sedap makan sekali dengan roti nan memang surrr.

Google Maps

Santai Malam
Pasembur Padang Brown

Pasembur Padang Brown

Kat sini selain pasembur, ada macam² pilihan makanan, sotong kangkung pun ada. Semua sedap² belaka.

Google Maps

Sarapan Pagi
Capati Ramzan Restaurant

Capati Ramzan Restaurant

Kalau mai sini, capati 2 keping memang tak cukup, kena pulak dengan kuah daging.

Google Maps

Durian
YB Durian Balik Pulau @ Anjung Indah Balik Pulau

YB Durian Balik Pulau @ Anjung Indah Balik Pulau

Yang ini kena ikut musim baru ada. Semua jenis durian macam Black Thorn, Musang King, Udang Merah, Kun Poh, Che Poi, IOI, Golden Phoenix, Lipan Bara, 338 depa jual, harga berpatutan.

Google Maps

Santai Petang
Mee Goreng Pak Mid Balik Pulau

Mee Goreng Pak Mid Balik Pulau

Kalau dah mai Balik Pulau, singgah sekali makan mee goreng ni, memang sedap. Ais kacang, cendoi pun ada jual.

Google Maps

© Ammar Idris | Putrajaya, MY 🇲🇾