#Blog

youtubekids.jpg

YouTube Kids Kini Boleh Dimuat-Turun Di Malaysia

Google Malaysia hari ini telah memperkenalkan satu lagi aplikasi menarik mereka untuk pasaran tempatan, iaitu YouTube Kids. Melalui aplikasi ini, ia menawarkan kandungan yang dioptimasikan untuk kanak-kanak, selain memudahkan para ibu bapa mengawal apa yang ditonton oleh anak-anak mereka.

Melalui YouTube Kids, pengguna bukan sahaja boleh mengakses kandungan animasi seperti BoBoiBoy dan Didi & Friends, tetapi sebaliknya turut boleh mengakses kandungan berinformasi seperti National Geographic Kids, dan lain-lain.



Selain itu juga, terdapat fungsi bagi menghalang akses kepada video dan saluran tertentu. Sebagai contoh anda mungkin tidak mahu anak berusia 2 tahun melihat video Let It Go Disney berulang-ulang. Dengan fungsi halangan video ini tidak akan dapat diakses lagi. Video dan saluran yang dihalang boleh diakses semula oleh anak-anak hanya selepas dibenarkan oleh ibu bapa.

Selain daripada kandungan, ibu bapa turut boleh menetapkan had masa untuk anak mereka menonton, disamping menetapkan kata laluan untuk aplikasi ini.

Bagi anda yang mempunyai anak kecil dan sering menggunakan YouTube untuk mereka, mungkin boleh memuat-turun YouTube Kids hari ini.

Google PlayStore Apple AppStore

Sumber Asal : Amanz.my
Hakcipta Terpelihara © 2017 Ammar Idris. Powered by elAmm Creative