#Blog

perkahwinan.jpg
  • Info

Prosedur Perkahwinan di Pulau Pinang

PENAFIAN : Artikel ini ditulis berdasarkan dari pengalaman yang dilalui saya pada tahun 2011. Kemungkinan terdapat prosedur dan proses yang telah berubah dari masa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini, anda boleh terus menghubungi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Terima kasih.

Perkahwinan adalah merupakan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku. Riwayat Ibnu Majah
Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya diredhai Allah. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, keindahan hidup tidak dapat dikecapi sebaiknya. Kerana itu perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram. Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 yang bermaksud :
Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu.
Di Pulau Pinang, proses perkahwinan bagi orang islam adalah di bawah tanggungjawab dan penguasaan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Bagi urusan permohonan perkahwinan anda boleh berurusan terus dengan Pejabat Agama Daerah yang berdekatan.

Peraturan Am

  1. Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah.
  2. Pemohon dikehendaki menjalani Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja.
  3. Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Negeri Pulau Pinang.
  4. Pemohon yang ingin berkahwin lain sama ada kerana bercerai atau kematian pasangan tidak perlu menghadiri kursus pra perkahwinan sekali lagi.
  5. Pemohon juga boleh membuat permohonan secara online melalui http://emunakahat.penang.gov.my.

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin (Lelaki)

Prosedur Perkahwinan di Pulau Pinang (Lelaki)
  1. Dapatkan Borang 1 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Lelaki) dengan percuma di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau boleh dimuat turun di dalam laman web jabatan ini.
  2. Permohonan mendapatkan kebenaran kahwin ini juga boleh dipohon melalui online di alamat http://emunakahat.penang.gov.my
Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :-
  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian (jika pemohon duda).
  • Salinan kenyataan Islam (jika pemohon memeluk Islam).
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM (jika anggota Tentera/Polis).
  • Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen (bagi bukan warganegara)
  • Pengesahan ketulinan dokumen oleh Kementerian Luar Negara Malaysia (bagi bukan warganegara)
  • Kebenaran Berkahwin Lelaki
    1. Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
    2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan.
    3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.
Tatacara Semasa dan Selepas Akad Nikah
  1. Akad nikah dijalankan di kariah masjid pihak perempuan bermastautin.
  2. Selepas akad nikah, suami diminta membaca lafaz penerimaan tanggungjawab dan ta’liq serta menandatangani Surat Makluman Akad Nikah (Surat Nikah Sementara) dan Surat Perakuan Nikah.
  3. Surat Makluman Akad Nikah akan diserahkan kepada suami sejurus selepas akad nikah.
  4. Suami atau isteri boleh mendapatkan Surat Perakuan Nikah (Asal) di Pejabat Agama Daerah berkenaan 5 hari selepas akad nikah dengan bayaran RM10.00.
  5. Surat Perakuan Nikah tidak boleh dilaminate.
  6. Bagi perkahwinan yang dilaksanakan di Luar Negara, pemohon hendaklah memohon untuk mendaftar semula perkahwinan Luar Negara dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemohon balik ke Malaysia dengan mengemukakan dokumen yang berkaitan.
  7. Suami atau isteri boleh memohon Kad Nikah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Sila rujuk Panduan Permohonan Kad Nikah.
Dikemaskini pada : 16 Februari 2016

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin (Perempuan)

Prosedur Perkahwinan di Pulau Pinang (Perempuan)
  1. Dapatkan Borang 2 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Perempuan) percuma di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau boleh dimuat turun dari laman web jabatan ini.
  2. Permohonan mendapatkan kebenaran kahwin ini juga boleh dipohon melalui online di alamat http://emunakahat.penang.gov.my
Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :-
  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian (jika pemohon janda).
  • Salinan kenyataan Islam (jika pemohon memeluk Islam).
  • Salinan Sijil Perakuan Nikah Ibu Bapa Kandung.
  • Surat Akuan Bersumpah jika Salinan Sijil Perakuan Nikah Ibu Bapa tidak ada.
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM (jika anggota Tentera/Polis).
  • Borang wakalah wali (jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)
  • Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).
  • Kebenaran Berkahwin Perempuan.
    1. Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
    2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan.
    3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.
Dikemaskini pada : 16 Februari 2016

Senarai Soalan Temuduga Perkahwinan

  1. Bacaam Istighfar
  2. Mengucap Dua Kalimah Syahadah Berserta Maknanya
  3. Bacaan Surah Al-Fatihah
  4. Bacaan Tahiyat
  5. Selawat
  6. Niat Hadas Besar/Mandi Wajib
  7. Rukun Nikah
  8. Rukun Solat
  9. Rukun Iman
  10. Rukun Islam
  11. Fardhu Wudhu
  12. Perkara Yang Membatalkan Solat
  13. Perkara Yang Membatalkan Wudhu
  14. Apa Itu Haid?
  15. Tempoh Minimum & Maksimum Haid
  16. Pantang Larang Ketika Haid
  17. Tempoh Minimum & Maksimum Nifas
  18. Perkara-Perkara Yang Diharamkan Ketika Berhadas Kecil
  19. Perkara-Perkara Yang Diharamkan Ketika Berhadas Besar
  20. Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Hadas Kecil
  21. Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Hadas Besar
  22. Waktu Diharamkan Bersetubuh
  23. Kumpulan-Kumpulan Najis Dan Cara Menyucikan
  24. Kumpulan-Kumpulan Air
  25. Taggungjawab Suami
  26. Taggungjawab Isteri
  27. Taggungjawab Kepada Anak-Anak
  28. Bacaan Dalam Solat
  29. Perkara Yang Membatalkan Wudhu
  30. Talak
  31. Eddah
  32. Sekiranya berlaku masalah keluarga, apakah tindakan anda?

PENAFIAN : Artikel ini ditulis berdasarkan dari pengalaman yang dilalui saya pada tahun 2011. Kemungkinan terdapat prosedur dan proses yang telah berubah dari masa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini, anda boleh terus menghubungi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Terima kasih.

Sumber Rujukan
1. Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang
2. Info Islam - al-azim.com, Jabatan Mufti Negeri Melaka

Tags: Hijrah

Hakcipta Terpelihara © 2017 Ammar Idris. Powered by elAmm Creative