Revolusi Smartphone

Pagi tadi punya cerita. Hari ni hari cuti, jadi aku setkan hari ni untuk kemas rumah. Kemas punya kemas jumpa la beberapa koleksi handphone yang pernah aku pakai dulu. Daripada nak tulis kosong, terfikir juga nak buat infographic. Maka terhasillah infographic seperti gambar kat bawah ni.

Sepanjang pengalaman penggunaan kesemua telefon ni, aku dapat rasakan Nokia adalah yang terbaik. Tahan lasak dan susah nak rosak. Ingat lagi Nokia 5800 XpressMusic aku dulu anak aku selalu main baling-baling, tapi masih elok lagi berfungsi walaupun luaran dia dah teruk keadaannya.

Sekarang ni aku setia dengan Samsung Galaxy Mega 6.3, puas hati dengan skrin yang bersar (6.3'). Senang nak buat kerja. Main game pun layan. Skrin kecil yang touchscreen ni masalah bagi aku bila nak menaip, selalu sangat typo. Alhamdulillah, syukur dengan apa yang ada. Terima kasih kepadaNya.

Hakcipta Terpelihara © 2017 Ammar Idris. Powered by elAmm Creative