#Blog

Apa itu Joomla!

Hampir setiap kali saya membuat post berkenaan Joomla! di Facebook atau Instagram, mesti akan ada soalan yang akan bertanya, Joomla! tu apa? Joomla! tu event ke?.

Ok, untuk mudah faham, Joomla! ni adalah software untuk menguruskan website atau untuk buat website. Kalau dulu website nak buat perlukan coding yang berjela-jela, nak tambah atau ubah posisi gambar kena ada coding. Dengan Joomla!, hanya perlu klik, klik dan siap. Atau hanya drag and drop sahaja gambar dah siap nak letak di mana. Senang kan?. Ya memang senang bagi pengguna yang tiada pengalaman dan pengetahun di dalam membina laman web.

Tahukah anda apa itu Joomla?
Joomla! adalah sebuah CMS. Tahukah anda apa itu CMS? CMS atau Content Management System ialah sebuah sistem berasaskan web yang memudahkan kita untuk mengurus sesuatu fungsi laman web. Contohnya ialah mudah untuk kita mengemaskini, mengurus dan mentadbir laman web tersebut.

Mengapa ramai memilih Joomla?

Teruskan membaca


Google Malaysia hari ini telah memperkenalkan satu lagi aplikasi menarik mereka untuk pasaran tempatan, iaitu YouTube Kids. Melalui aplikasi ini, ia menawarkan kandungan yang dioptimasikan untuk kanak-kanak, selain memudahkan para ibu bapa mengawal apa yang ditonton oleh anak-anak mereka.

Melalui YouTube Kids, pengguna bukan sahaja boleh mengakses kandungan animasi seperti BoBoiBoy dan Didi & Friends, tetapi sebaliknya turut boleh mengakses kandungan berinformasi seperti National Geographic Kids, dan lain-lain.

Teruskan membaca



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ini sedikit perkongsian bagaimana untuk membuat custom module. Berikut adalah langkah-langkahnya :

1. Wujudkan Folder baru, sebagai contoh saya ingin membuat module Borang Maklum Balas. Saya namakan folder tersebut sebagai mod_borang_maklumbalas.

2. Di dalam folder tersebut, wujudkan file berikut :
  • mod_borang_maklumbalas.xml
  • mod_borang_maklumbalas.php

Teruskan membaca


Hakcipta Terpelihara © 2017 Ammar Idris. Powered by elAmm Creative